Saturday 24 December 2011

BAD or GOOD?choose yourself...

BAD or GOOD?atau dalam Bahasa Melayunya,buruk ataupun baik?Setiap manusia diberikan peluang,samada baik ataupun buruk.Baik adalah berbeza dengan buruk.Seringkali kita ditanya dengan dua benda yang berbeza.Contohnya,apabila seorang perempuan melahirkan anak,rakan-rakannya akan bertanya "lelaki ke perempuan?",apabila seorang pelajar pulang dari sekolah selepas mengambil keputusan peperiksaannya,ada orang kampung akan bertanya "lulus ke gagal?".Ada juga perbezaan yang bersangkut-paut,contohnya Syurga atau Neraka akan ditentukan oleh Pahala dan Dosa.Jadi,manusia memang sentiasa diberikan pilihan dalam hidup.Kitalah yang akan menentukannya.

Ada manusia yang memilih "buruk" dalam kehidupannya.Mereka tidak mahu mengikut panduan agama.Manusia jenis ini sentiasa memberikan masalah kepada orang lain.Seperti contoh,peminum arak.Apabila dia meminum arak,dia akan mabuk.Apabila mabuk,dia akan menusahkan orang lain.Mungkin dia akan melintas jalan yang sesak dengan begitu saja dan menyebabkan perjalanan orang lain terganggu.

Ada manusia yang memilih "baik" dalam kehidupan mereka.Mereka lakukan yang diperintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.Manusia jenis ini akan selalu membuatkan orang tersenyum.

"Choose your destiny!".Inilah secebis daripada dialog filem Matrix.Jadi,kita perlu tentukan pengakhiran kita.Baik atau Buruk.

Pilihlah "baik".KIta tidak akan rugi jika memilih "baik".Malah kita akan diberi ganjaran terhadap perkara "baik" tu.

No comments: