Sunday 25 December 2011

Jangan salahkan Islam

Mercapada ini,ramai dalam kalangan masyarakat Islam telah terpengaruh dengan budaya kuning,sama ada dari Barat mahupun Asia.Golongan yang disebutkan ini terutamanya ialah syabab(remaja).Mereka ini merupakan perintis kepada pemimpin negara yang bakal memacu negara pada masa hadapan.Tetapi,dengan masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin menjadi-jadi ini mampukah mereka memacu negara ke arah yang lebih baik dan maju?Adakah Islam patut dipersalahkan dalam masalah keruntuhan akhlak ini?

Mari kita renungkan...

Cuba anda bayangkan sebuah LAMBORGINI GALLADO berwarna keemasan tersadai di tepi jalan selepas mengalami kemalangan.Adakah anda akan menyalahkan LAMBORGINI GALLADO tersebut seperti ini;"Apalah kereta ni!kesian pemandu tu!tak pasal accident!teruk betullah kereta ni!".Macam orang gilakan kalau anda salahkan kereta itu.Cuba kita persalahkanpemandu kereta itu."Apalah oramg ni!kereta dah power dah,tapi tak reti pandu".Nampak logik sikitkan.

Jadi,Islam tidak boleh dipersalahkan kerana Islam itu syumul(sempurna).

Dalam kehidupan kita ini,Allah itu ibarat pengarah,Al-Quran itu ibarat skrip,dan manusialah pelakonnya.Semuanya telah disediakan dalam Al-Quran dan As-sunnah.Lengkap!.Terpulang kepada kita sahaja mahu mengikutnya ataupaun tidak.Jika kita ikut,kita yang akan mendapat keuntungan di akhirat.Tetapi,jika kita tidak ikut,Allah tidak rugi apa-apa.Malah,kitalah yang akan rugi.

No comments: