Tuesday 9 April 2013

UiTM Puncak Alam

Alhamdulillah. Tamatlah sudah proses pembelajaran aku di UiTM Puncak Alam dalam program Asasi Sains setelah tamatnya last paper hari jumaat (5 april 2013) hari tu.


Nama panggilan UiTM Puncak Alam ialah PALAM.

Dekat sini ada dua program asasi ; Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan. Budak Sains amek subjek BEL(English), CTU(Agama), BIO(biology), CHM(kimia) dgn PHY(fizik). Yang bukan Islam tak amek CTU, depa amek IDA. Budak engine tak amek BIO, depa amek CSC(komputer).Yang lain , sama jela.
Sini duduk ikut rumah, ada yg satu rumah 5 bilik,4 bilik dan 3 bilik. Satu bilik 2 org.

Ada la 5 orang budak sis yg belajar kat palam. Ada lagi 2 org , tapi depa sampai form 3 je kat sis. 

member2 SIS yg sambung belajar kat PALAM. #naseh #bo #keton
abg sorg ni dah fly ke Mesir, amek Dentistry. bape bulan je kat palam. #imran

nak keluar, naik bas Rapid la. #U90

Seriously, palam mmg cantik la. Klu nak dibandingkan dgn UiTM Shah Alam, mmg jauh beza. Kampus baru la katakan.
bangunan fakulti

bangunan kolej
ni lah dia tangga yg sgt terkenal. dia ada 248 anak tangga. setiap hari lalu la time nak pergi kelas, balik dari kelas. Nak pergi kelas, naik bas pun boleh. Tapi bayar la seringgit. haha.

Overall, belajar kat sini mmg seronok. Susah tu biasa lah. Mana ada belajar senang kann. Seronok dpt jumpa kawan2 baru, housemates dgn classmates. Andai ditakdirkan sambung degree kat sini pun ok. Tak kesah la klu belajar kat tempat yg sama pun klu tampat cantik. haha.

Memang banyak kenangan kat sini. Yang suka. Yang duka. Hidup mesti la kena ada manis dan pahit, baru syok. haha. To all my beloved friends, good luck in your life. Semoga dpt berjumpa lagi. Klu tak di dunia ini, di Syurga Firdausi. InsyaAllah. Thanks for all, sorry for everything. Ma'assalamah.














No comments: