Monday 10 June 2013

Balutan Riak

7 Jun 2013 . Jumaat .  Masjid Negeri Perak , Ipoh .

Terasa seperti dejavu pabila terlihat seorang pak cik tu buat macam tu. Baru je beberapa hari sebelum hari kejadian, aku ada baca satu post di facebook tentang perkara yang sama macam pak cik tu buat.

Macam biasa lah semasa khutbah jumaat , tabung-tabung kutipan derma di'distribute'kan. Sampai je tepi aku, aku nak tarik la nak letak kat orang sebelah kiri aku. Tiba-tiba, terlihat satu tangan dari saf belakang menghulur duit untuk didermakan. Macam biasa, duit warna biru. Mungkin mata pak cik tu tak berapa nampak, so at the first attempt nak masukkan duit tu, tak berapa nak berjaya. Lalu, terlihat lah aku bahawa ada segulung duit kertas warna merah di dalam gulungan duit biru itu.

Maybe pak cik tu tak nak timbulnya perasaan riak dalam hati dia kalau-kalau ada orang nampak dia derma 10 hingget.

Hebat sungguh beliau. Tersentap aku.

2 comments:

o-r-b-s said...

org yg post kat fb tu org masjid kau x?

syahmiisalim said...

entah. bukan rasanya. org lain.