Tuesday 16 July 2013

Dua tolak satu sama dengan kosong

Bismillah .

Ingin aku ceritakan kepadamu tentang satu golongan .

Golongan ini tidak mahu aku sebut namanya .

Hari jumaat .

Golongan ini berpusu-pusu ke masjid untuk solat jumaat . Berwarna-warni baju mereka . Berjubah . Berserban .

Haibat . Mantop berpakaian sunnah .

Mereka duduk baik . Bilal pun lantang memberi nasihat . Sidang jumaat sekalian hendaklah diam ketika khatib sedang membaca khutbah. Seperti sabda Rasulullah SAW , Maksudnya; Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu "dengarkanlah (khutbah)" padahal imam pada waktu itu sedang berkhutbah maka sesungguhnya engkau benar-benar telah berkata sia-sia.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mereka tunduk akur dengan hadis ini . Perintah Rasulullah kann . #SOLLU ALA NABI

Tetapi mereka tidak akur dengan satu ni.

Mari aku ceritakan lagi .

Dalam bab bernikah , yang lelaki suka sangat sebut ni , " Poligami tu kan sunnah " .

Haibat . Mantop nak ikut sunnah . 

Mungkin mereka betol-betol mampu berpoligami #HUSNUZON


Tetapi , mereka tidak akur dengan satu ni.


Mari aku ceritakan lagi .


Dalam bab solat berjemaah . Sangatlah bagus . Dititikberatkan sungguh. Kadang2 sampai tegur orang lain " kamu tu dah takde bapak . bawak2 la pergi sembahyang jemaah dekat menesah (surau) tu . senang bapak kamu dalam kubur " . 


Haibat . Mantop teguran dia . Menyelirap dalam tubuh badan hingga tersedak nafas .


Tetapi , mereka tidak akur dngan satu ni.


Mari aku ceritakan lagi.


Pabila ada yang menghina Islam , menghina Rasulullah , mereka lantang bersuara . " Ini tidak boleh dibiarkan ! ! ! "


Tetapi , adakah mereka sendiri mengagungkan Islam ?


Mereka tidak akur dengan satu ni.


Bila tiba bab hukum-hakam, perundangan,politik mereka tolak ajaran Rasulullah . #SOLLU ALA NABI


" Negara akan mundur , bankrap . Kalau potong tangan , macam mana orang tu nak bekerja nanti " .

#KATA MEREKA

" Poltik mana boleh bawak masuk dalam masjid " #KATA MEREKA . Tapi mereka lupa , pemilihan jawatankuasa masjid tu bukan politik ke ?


Kalau dalam hal perkauman, kita gelar #RASICT . adakah kita nak panggil mereka ini #SECTIONIST ?


Depa tak pernah dengar satu hadis ni kut #BAJET HUSNUZON .

Mafhumnya,

Daripada Abu Hurairah R.A , Nabi SAW bersabda : Telah aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah .

Mereka tolak perundangan yang telah disyariatkan Allah di dalam al-Quran .


Adakah mereka tidak tahu,


Firman Allah SWT, maksudnya

" Wahai orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. "

Islam itu wajib diterima keseluruhannya .


Mungkin terkadang, kita juga sama seperti golongan yang #SECTIONIST ini. Hanya menerima sedikit daripada Islam . #NAUZUBILLAHIMINZALIK


Sengaja aku kesahkan cerita ini kerana perkara ini selalu bermain di fikiran aku. Penat-penat mereka beribadah, habis semuanya kerana dek menolak hukum Allah .


Kita belajar matematik, 2 - 1 = 1 . Tetapi, dalam hal ini, kita mesti menerima Islam keseluruhannya. 2 - 1 = 0 . #IfYouKnowWhatIMean


Walaubagaimanapun, golongan ini adalah saudara seagama kita .

Maybe Pak Long kita, Mak Ngah kita , Tok Andak kita , Sepupu atau dua pupu kita . #MANALAH TAHU KANN.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang benar.
#BIARSAMPAISYURGA

Aamiin .

Ya Rabbal 'Alamin.


Yang baik itu datang daripada Allah. Yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi disandarkan kepada diri aku yang lemah ini.


Semoga kita teruskan usaha mulia menyampaikan Islam.


Hidup Biar Berjasa :)


p/s : Macam banyak pulak hashtag kat sini. Hewhew~



No comments: