Friday 12 July 2013

D.E.G.R.E.E coming soon

11 Julai 2013 . 2 Ramadhan 1434 H .

Tak pasti sama tarikh keramat ini merupakan hari bahgia atau hari berduka. Haha . Tarikh di mana keputusan tempat melanjutkan pelajaran diumumkan .

Seghonok bila tau ramai yang dapat tempat di IPTA . tambah-tambah lagi yang dapat UKM tu kan. jealous btol. haha . Yang future-doctor pun ramai . Hebat2 semuanya .

Perasaan aku bercampur-campur . Bidang yang dapat boleh terima . Tapi, tempat tu. Haha. Aku rasa macam grand jugak. USM . Apex University kut. Hewhew . Ramai kengkawan cakap okay ape USM. Entah la. Maybe sebab jauh dari rakan-rakan yang awesome . Kelantan kut. Haha.

Aku dah merancang , Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lah yang paling paling paling terbaik.

Slow-slow aku cuba menerima hakikat ini. " come on la syahmii , USM kut " . " Negeri Tok Guru tuhh " .

Member-member ramai area KL , Selangor .

Topek, Medic UiTM Sg. Buloh . Omar, Geologi UM . Acap, Medic UKM . Ibey, Sains Pertanian UPM .
Keton, Kejuruteraan Kimia Proses UTM KL . Pape pun, ada Cino kat UMK . Haha. Walaupun lain universiti, satu negeri .

Walau apapun , inilah dia takdir . Qada' dan Qadar . Salah satu rukun iman . Kena percaya ada hikmah disebalik setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah . Tak kesah la belajar jurusan apa , belajar di mana . Yang penting Islam mesti disampaikan.

InsyaAllah. Sekian ~

No comments: