Bismillah .
Ingin aku ceritakan kepadamu tentang satu golongan .
Golongan ini tidak mahu aku sebut namanya .
Hari jumaat .
Golongan ini berpusu-pusu ke masjid untuk solat jumaat . Berwarna-warni baju mereka . Berjubah . Berserban .
Haibat . Mantop berpakaian sunnah .
Mereka duduk baik . Bilal pun lantang memberi nasihat . Sidang jumaat sekalian hendaklah diam ketika khatib sedang membaca khutbah. Seperti sabda Rasulullah SAW , Maksudnya; Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu "dengarkanlah (khutbah)" padahal imam pada waktu itu sedang berkhutbah maka sesungguhnya engkau benar-benar telah berkata sia-sia.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mereka tunduk akur dengan hadis ini . Perintah Rasulullah kann . #SOLLU ALA NABI
Tetapi mereka tidak akur dengan satu ni.
Mari aku ceritakan lagi .
Dalam bab bernikah , yang lelaki suka sangat sebut ni , " Poligami tu kan sunnah " .
Haibat . Mantop nak ikut sunnah .
Mungkin mereka betol-betol mampu berpoligami #HUSNUZON
Tetapi , mereka tidak akur dengan satu ni.
Mari aku ceritakan lagi .
Dalam bab solat berjemaah . Sangatlah bagus . Dititikberatkan sungguh. Kadang2 sampai tegur orang lain " kamu tu dah takde bapak . bawak2 la pergi sembahyang jemaah dekat menesah (surau) tu . senang bapak kamu dalam kubur " .
Haibat . Mantop teguran dia . Menyelirap dalam tubuh badan hingga tersedak nafas .
Tetapi , mereka tidak akur dngan satu ni.
Mari aku ceritakan lagi.
Pabila ada yang menghina Islam , menghina Rasulullah , mereka lantang bersuara . " Ini tidak boleh dibiarkan ! ! ! "
Tetapi , adakah mereka sendiri mengagungkan Islam ?
Mereka tidak akur dengan satu ni.
Bila tiba bab hukum-hakam, perundangan,politik mereka tolak ajaran Rasulullah . #SOLLU ALA NABI
" Negara akan mundur , bankrap . Kalau potong tangan , macam mana orang tu nak bekerja nanti " .
#KATA MEREKA
" Poltik mana boleh bawak masuk dalam masjid " #KATA MEREKA . Tapi mereka lupa , pemilihan jawatankuasa masjid tu bukan politik ke ?
Kalau dalam hal perkauman, kita gelar #RASICT . adakah kita nak panggil mereka ini #SECTIONIST ?
Depa tak pernah dengar satu hadis ni kut #BAJET HUSNUZON .
Mafhumnya,
Daripada Abu Hurairah R.A , Nabi SAW bersabda : Telah aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah .
Mereka tolak perundangan yang telah disyariatkan Allah di dalam al-Quran .
Adakah mereka tidak tahu,
Firman Allah SWT, maksudnya
" Wahai orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. "
Islam itu wajib diterima keseluruhannya .
Mungkin terkadang, kita juga sama seperti golongan yang #SECTIONIST ini. Hanya menerima sedikit daripada Islam . #NAUZUBILLAHIMINZALIK
Sengaja aku kesahkan cerita ini kerana perkara ini selalu bermain di fikiran aku. Penat-penat mereka beribadah, habis semuanya kerana dek menolak hukum Allah .
Kita belajar matematik, 2 - 1 = 1 . Tetapi, dalam hal ini, kita mesti menerima Islam keseluruhannya. 2 - 1 = 0 . #IfYouKnowWhatIMean
Walaubagaimanapun, golongan ini adalah saudara seagama kita .
Maybe Pak Long kita, Mak Ngah kita , Tok Andak kita , Sepupu atau dua pupu kita . #MANALAH TAHU KANN.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang benar.
#BIARSAMPAISYURGA
Aamiin .
Ya Rabbal 'Alamin.
Yang baik itu datang daripada Allah. Yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi disandarkan kepada diri aku yang lemah ini.
Semoga kita teruskan usaha mulia menyampaikan Islam.
Hidup Biar Berjasa :)
p/s : Macam banyak pulak hashtag kat sini. Hewhew~
life is a choice
Sabda Rasulullah S.A.W "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Sabda Rasulullah S.A.W juga "apabila matinya anak Adam, terputuslah amalannya kecuali sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT, dan doa anak yang soleh". Firman Allah S.W.T "bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan menetapkan pendirian kamu"
Tuesday, 16 July 2013
Friday, 12 July 2013
D.E.G.R.E.E coming soon
11 Julai 2013 . 2 Ramadhan 1434 H .
Tak pasti sama tarikh keramat ini merupakan hari bahgia atau hari berduka. Haha . Tarikh di mana keputusan tempat melanjutkan pelajaran diumumkan .
Seghonok bila tau ramai yang dapat tempat di IPTA . tambah-tambah lagi yang dapat UKM tu kan. jealous btol. haha . Yang future-doctor pun ramai . Hebat2 semuanya .
Perasaan aku bercampur-campur . Bidang yang dapat boleh terima . Tapi, tempat tu. Haha. Aku rasa macam grand jugak. USM . Apex University kut. Hewhew . Ramai kengkawan cakap okay ape USM. Entah la. Maybe sebab jauh dari rakan-rakan yang awesome . Kelantan kut. Haha.
Aku dah merancang , Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lah yang paling paling paling terbaik.
Slow-slow aku cuba menerima hakikat ini. " come on la syahmii , USM kut " . " Negeri Tok Guru tuhh " .
Member-member ramai area KL , Selangor .
Topek, Medic UiTM Sg. Buloh . Omar, Geologi UM . Acap, Medic UKM . Ibey, Sains Pertanian UPM .
Keton, Kejuruteraan Kimia Proses UTM KL . Pape pun, ada Cino kat UMK . Haha. Walaupun lain universiti, satu negeri .
Walau apapun , inilah dia takdir . Qada' dan Qadar . Salah satu rukun iman . Kena percaya ada hikmah disebalik setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah . Tak kesah la belajar jurusan apa , belajar di mana . Yang penting Islam mesti disampaikan.
InsyaAllah. Sekian ~
Tak pasti sama tarikh keramat ini merupakan hari bahgia atau hari berduka. Haha . Tarikh di mana keputusan tempat melanjutkan pelajaran diumumkan .
Seghonok bila tau ramai yang dapat tempat di IPTA . tambah-tambah lagi yang dapat UKM tu kan. jealous btol. haha . Yang future-doctor pun ramai . Hebat2 semuanya .
Perasaan aku bercampur-campur . Bidang yang dapat boleh terima . Tapi, tempat tu. Haha. Aku rasa macam grand jugak. USM . Apex University kut. Hewhew . Ramai kengkawan cakap okay ape USM. Entah la. Maybe sebab jauh dari rakan-rakan yang awesome . Kelantan kut. Haha.
Aku dah merancang , Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lah yang paling paling paling terbaik.
Slow-slow aku cuba menerima hakikat ini. " come on la syahmii , USM kut " . " Negeri Tok Guru tuhh " .
Member-member ramai area KL , Selangor .
Topek, Medic UiTM Sg. Buloh . Omar, Geologi UM . Acap, Medic UKM . Ibey, Sains Pertanian UPM .
Keton, Kejuruteraan Kimia Proses UTM KL . Pape pun, ada Cino kat UMK . Haha. Walaupun lain universiti, satu negeri .
Walau apapun , inilah dia takdir . Qada' dan Qadar . Salah satu rukun iman . Kena percaya ada hikmah disebalik setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah . Tak kesah la belajar jurusan apa , belajar di mana . Yang penting Islam mesti disampaikan.
InsyaAllah. Sekian ~
Monday, 10 June 2013
Balutan Riak
7 Jun 2013 . Jumaat . Masjid Negeri Perak , Ipoh .
Terasa seperti dejavu pabila terlihat seorang pak cik tu buat macam tu. Baru je beberapa hari sebelum hari kejadian, aku ada baca satu post di facebook tentang perkara yang sama macam pak cik tu buat.
Macam biasa lah semasa khutbah jumaat , tabung-tabung kutipan derma di'distribute'kan. Sampai je tepi aku, aku nak tarik la nak letak kat orang sebelah kiri aku. Tiba-tiba, terlihat satu tangan dari saf belakang menghulur duit untuk didermakan. Macam biasa, duit warna biru. Mungkin mata pak cik tu tak berapa nampak, so at the first attempt nak masukkan duit tu, tak berapa nak berjaya. Lalu, terlihat lah aku bahawa ada segulung duit kertas warna merah di dalam gulungan duit biru itu.
Maybe pak cik tu tak nak timbulnya perasaan riak dalam hati dia kalau-kalau ada orang nampak dia derma 10 hingget.
Hebat sungguh beliau. Tersentap aku.
Terasa seperti dejavu pabila terlihat seorang pak cik tu buat macam tu. Baru je beberapa hari sebelum hari kejadian, aku ada baca satu post di facebook tentang perkara yang sama macam pak cik tu buat.
Macam biasa lah semasa khutbah jumaat , tabung-tabung kutipan derma di'distribute'kan. Sampai je tepi aku, aku nak tarik la nak letak kat orang sebelah kiri aku. Tiba-tiba, terlihat satu tangan dari saf belakang menghulur duit untuk didermakan. Macam biasa, duit warna biru. Mungkin mata pak cik tu tak berapa nampak, so at the first attempt nak masukkan duit tu, tak berapa nak berjaya. Lalu, terlihat lah aku bahawa ada segulung duit kertas warna merah di dalam gulungan duit biru itu.
Maybe pak cik tu tak nak timbulnya perasaan riak dalam hati dia kalau-kalau ada orang nampak dia derma 10 hingget.
Hebat sungguh beliau. Tersentap aku.
Tuesday, 9 April 2013
UiTM Puncak Alam
Alhamdulillah. Tamatlah sudah proses pembelajaran aku di UiTM Puncak Alam dalam program Asasi Sains setelah tamatnya last paper hari jumaat (5 april 2013) hari tu.
Nama panggilan UiTM Puncak Alam ialah PALAM.
Dekat sini ada dua program asasi ; Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan. Budak Sains amek subjek BEL(English), CTU(Agama), BIO(biology), CHM(kimia) dgn PHY(fizik). Yang bukan Islam tak amek CTU, depa amek IDA. Budak engine tak amek BIO, depa amek CSC(komputer).Yang lain , sama jela.
Sini duduk ikut rumah, ada yg satu rumah 5 bilik,4 bilik dan 3 bilik. Satu bilik 2 org.
Ada la 5 orang budak sis yg belajar kat palam. Ada lagi 2 org , tapi depa sampai form 3 je kat sis.
member2 SIS yg sambung belajar kat PALAM. #naseh #bo #keton
abg sorg ni dah fly ke Mesir, amek Dentistry. bape bulan je kat palam. #imran
nak keluar, naik bas Rapid la. #U90
Seriously, palam mmg cantik la. Klu nak dibandingkan dgn UiTM Shah Alam, mmg jauh beza. Kampus baru la katakan.
bangunan fakulti
bangunan kolej
ni lah dia tangga yg sgt terkenal. dia ada 248 anak tangga. setiap hari lalu la time nak pergi kelas, balik dari kelas. Nak pergi kelas, naik bas pun boleh. Tapi bayar la seringgit. haha.
Overall, belajar kat sini mmg seronok. Susah tu biasa lah. Mana ada belajar senang kann. Seronok dpt jumpa kawan2 baru, housemates dgn classmates. Andai ditakdirkan sambung degree kat sini pun ok. Tak kesah la klu belajar kat tempat yg sama pun klu tampat cantik. haha.
Memang banyak kenangan kat sini. Yang suka. Yang duka. Hidup mesti la kena ada manis dan pahit, baru syok. haha. To all my beloved friends, good luck in your life. Semoga dpt berjumpa lagi. Klu tak di dunia ini, di Syurga Firdausi. InsyaAllah. Thanks for all, sorry for everything. Ma'assalamah.
Sunday, 7 April 2013
A2903
A2903 Dalam Ingatan ~
Rumah ni pelik sikit. Bilik ada 3 je tapi orangnye ada 7. #If you know what i mean.
Semuanya ceria-ceria je. Depa kata aku paling matured. Aku pun tak tau la tang mana yg maturednya. haha.
Budaya asrama yg aku bawak. haha #tgk muka cino
Acap le paling susah nak lepak sesama. haha.
Makan kat puncak ni mmg gile ahh. hahaha. tak pernah dibuat org rsenye. #with sam and dhirar #acap missing #idea keton
.....................................................................................
Ahli A2903 :-
Omar : Loghat ganu bnyk lagi aku tak belajar ni.haha.
Umar : bawak2 la belajor mkn pedas. smbng nogori. haha
Ibey #roommate : bila ada masa, kita repeat PES lagi. haha
keton #SIS : dari SIS lg kita kawan. klu degree pun skali, mmg awesome lahh
acap : budak genius. jgn jd 'muk mak pah' acap. haha
topek #E2 : lagi sorg budak genius.thanks la bnyk2 sbb bg aku merasa DSLR bnyk kali. haha.
..........................................................
Tuesday, 27 November 2012
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
Khutbah Terakhir
Rasulullah SAW
Sebelum kita menghayati isi kandungan petikan khutbah
terakhir Rasulullah ini, marilah sama-sam kita berselawat dan salamlah ke atas
junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
“Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan
teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan
ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu
dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia
telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
“Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina”.
“Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali
sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal
soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku”.
“Wahai manusia, tidak ada lagi
nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang
telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya
kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMu”.
(Khutbah ini disampaikan oleh
Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah tahun ke-10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung
Arafah)
Monday, 29 October 2012
Doa Senjata Mukmin : Waktu Mustajabnya
Sememangnya terdapat waktu yang sangat sesuai untuk
berdoa,tetapi kebanyakan daripada kita mensia-siakannya.
Antara waktu yang mustajab itu ialah :
v Sepertiga Malam
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun
setiap malam ke langit dunia hingga berbaki di sepertiga malam, lalu berfirman,
“ Barang siapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan. Barang siapa yang memohon,
pasti Aku akan perkenankan dan barang siapa yang meminta ampun, pasti Aku akan
mengampuninya.” –Sahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail.
v Ketika Berbuka Puasa
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a
bahawa telah mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa
ketika saat berbuka, ada doa yang tidak ditolak.”
-Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La
Turaddu Da’watuhu.
v Selepas Solat Fardu
Daripada Abu Umamah, sesungguhnya
Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah, lalu
baginda menjawab, “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat
fardu.” –Sunan At-Tarmidzi, bab Jamiud Da’awaat.
v Ketika Berperang
Daripada Sahl bin Sa’ad r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada dua doa yang tidak ditolak atau jarang ditolak
iaitu ketika azan dan ketika perang berkecamuk. –Sunan Abu Daud, kitab
Jihad.
v Pada Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda, “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah
bertepatan seorang hamba muslim bersolat dan memohon sesuatu kebaikan kepada
Allah melainkan akan diberikan padanya. Beliau berisyarat dengan tangan akan sedikitnya waktu
tersebut.” –Sahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat. Sahih Muslim, kitab
Jumuah.
Waktu yang sedikit itu tidak diketahui
secara tepat dan setiap riwayat menyebut waktu itu secara berbeza, sebagaimana
yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Kemungkinan juga waktu tersebut iaitu ketika
imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai Solat Jumaat atau selesai
waktu Solat Asar bagi yang menunggu Solat Maghrib.
v Ketika Terbangun Pada Waktu Malam Dalam Keadaan Tidur Mengingati Allah
Daripada Amr bin ‘Anbasah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci
lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia
atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya.” –Sunan Ibnu Majah, bab
Doa.
v Antara Azan dan Iqamat
Daripada Anas bin Malik r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa tidak akan ditolak diantara azan dan iqamat.” –Sunan Abu Daud, kitab Solat.
v Sewaktu Sujud
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda, “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa
kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” –Sahih Muslim, kitab
Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud.
v Ketika Hujan
Daripada Sahl bin Sa’ad r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu ketika azan
dan hujan.” –Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh adz-Zahabi.
Imam an-Nawawi berkata, penyebab doa pada
waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada saat itu sedang turun
rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. –Fathul Qadir.
v Ketika Ajal
Daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah
s.a.w dating ke rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati
kedua mata Abu Salamah terbuka lalu baginda merapatkannya kemudian bersabda,
“Sesungguhnya tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya.”
Semua ahli keluarga itu menjerit. Lalu baginda bersabda, “Janganlah kalian
berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengaminkan apa
yang kamu ucapkan.” – Sahih Muslim, kitab Janaiz.
v Malam Lailatulqadar
Allah telah berfirman, “Malam Kemuliaan itu
lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu
penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” –Surah al-Qadr : 3 – 5
Imam as-Syaukani berkata, kemuliaan
lailatulqadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. –Tuhfatud Dzakirin.
v Pada Hari Arafah
Daripada Amr bin Syu’aib r.a, daripada
bapanya dan daripada datuknya bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Sebaik-baik doa
adalah pada hari Arafah.” –Sunan At-Tarmidzi, bab Jamiud
Da’waat.
Semoga kita dapat mengamalkan ilmu yang kita peroleh sebaiknya.InsyaAllah, doa yang hadir bersama kerendahan hati dalam memohon akan dimakbulkan Allah.
Sumber : Mutiara Akidah & Ibadat
Sumber : Mutiara Akidah & Ibadat
Subscribe to:
Posts (Atom)